Bayam Brazil nan viral, sedap mudah hidup
- BungaTelang
- Feb 22, 2020
- 1 min read

Kredit gambar: Facebook Linda Mohamad.
Bayam Brazil, Brazillian spinach atau nama saintifiknya Althernanthera Sissoo semakin meningkat popularitinya di negara ini. Bukan sahaja cantik tetapi boleh dijadikan ulam, malah cukup enak kalau dibuat kerabu. Senang ditanam dan tidak renyah penjagaannya menjadi antara faktor ramai menyukai tanaman renenk berwarna hijau ini.Hanya potong bahagian batang pokok, ia mudah tumbuh. Menerusi penyelidikan di internet, Bunga Telang mendapati ada beberapa komuniti dibangunkan dalam laman sosial Facebook (FB) untuk 'menyokong' kecintaan terhadap bayam Brazil ini.
Kredit gambar: Facebook Linda Mohamad..
Antara perkongsian mereka ialah tips penanaman, resipi dan tidak kurang ada yang menawarkan ia untuk dijual. Di rumah Bunga Telang pun ada sepasu yang sudah kami tuai untuk makan sendiri. Walaupun teknik memasaknya pelbagai seperti goreng tepung, masak lemak cili padi dan goreng tumis tetapi Bunga Telang lebih suka ia dibuat ulam atau ditambah dalam salad.
Kalau ditanya perbezaan antara bayam Brazil dengan bayam merah atau hijau, paling ketara ialah fizikal bayam Brazil ini lebih comel dan cantik disebabkan warna hijaunya kelihatan lebih bertenaga. Jika ditanya mengenai khasiat, semua bayam bayan ini memiliki Vitamin K yang baik untuk kulit.
Pengambilannya dalam diet harian diyakini mampu menurunkan berat badan dan membantu penghadaman sekaligus mengurangkan simptom sembelit.
Khasiat bayam Brazil sama seperti bayam lain dan 100 gram sayuran ini mengandungi berikut:
B-carotene (4-8 mg)
Vitamin C (60-120 mg)
Ferum (Fe) (4-9 mg)
Kalsium (300-450 mg)
Aais Folik dan Fiber (20-30%)
Antara manfaat bayam Brazil :
1. Meningkatkan sistem imunisasi
2. Memelihara kesihatan mata
3. Menguatkan tulang
4. Membantu dalam kesihatan penghadaman
5. Menangani sembelit
6. Membantu melancarkan peredaran darah
7. Menangani Anemia
8. Menangani garis halus pada wajah
9. Menangani masalah gusi
10. Menentang kanser
Comments