Di sebalik Hari Wanita Antarabangsa
- BungaTelang
- Mar 8, 2020
- 2 min read

Hari ini 8 Mac adalah sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang disambut di seluruh dunia termasuk negara kita. Tema sambutan tahun ini adalah ‘Each For Equal’.
Ia sebagai menandakan perjuangan menentang diskriminasi terhadap wanita selain berusaha untuk membantu golongan ini diberikan penyertaan penuh dalam pembangunan global.
Di Amerika Syarikat sambutan ini bermula pada 1909 yang hanya diraikan di New York. Ia kononnya dikatakan sebagai memperingati satu gerakan bantahan oleh pekerja wanita dalam sektor industri pakaian tetapi ternyata hal ini disifatkan penyelidik sebagai satu mitos semata-mata.
Pada tahun 1910 seorang feminis Jerman, Clara Zetkin mendesak supaya hari berkenaan diberikan cuti yang akhirnya diterima kebanyakan negara di Eropah.
Sejak itu negara seperti Jerman, Austria dan Switzerland meraikannya yang juga menandakan hari penting bagi bantahan terhadap penganiayaan ketika Perang Dunia Pertama.
Pada hari ini lebih 25 negara meraikan Hari Wanita Sedunia sebagai cuti rasmi di negara masing-masing manakala beberapa negara lain menjadikan sambutan ini sebagai cuti tidak rasmi.
Mereka menyambutnya dengan cara memberikan bunga dan hadiah kepada wanita selain perarakan dan juga perhimpunan.

Di Eropah Timur, ia menjadi hari untuk meraikan wanita dengan bunga dan hadiah selain cuti daripada bekerja. Namun ironinya mereka tetap menjalankan kerja rumah seperti biasa seperti memasak dan sebagainya.
Sesuatu yang perlu kita faham mengenai sambutan Hari Wanita Antarabangsa adalah bukan sekadar meraikan wanita dengan memberikan mereka bunga tetapi sebenarnya dalam masa yang sama mengiktiraf masalah ketidakseimbangan jantina yang masih membelenggu wanita.
Trivia Hari Wanita Antarabangsa:

Jika anda masih ingat pada tahun lalu dan tahun sebelumnya, rangkaian makanan segera McDoland’s melakukan gimik dengan menterbalikkan symbol ‘M’ atau ‘golden arch’ menjadi ‘W’ sebagai meraikan sambutan hari Wanita Antarabangsa.

Pada tahun 2017, syarikat penerbangan India, Air India mencatat rekod dunia apabila buat kali pertama menerbangkan pesawat Boeing 777 dari New Delhi ke San Francisco yang dikendalikan semua krew wanita termasuk juruterbangnya sempena Hari Wanita Antarabangsa.
Pada tahun ini sekali lagi syarikat itu mengendalikan lebih 50 penerbangan termasuk lapan laluan ke luar negara yang dikendalikan kesemua krew wanita.
亚博体育 亚博体育 亚博体育 亚博体育 亚博体育 开云体育 开云体育 开云体育 开云体育 IM体育 IM体育 博彩资讯 博彩导航 杏运体育 杏彩体育 乐鱼体育 爱游戏体育 华体会体育 华体会体育 AG真人娱乐 AG真人娱乐 AG真人娱乐 AG真人娱乐 AG真人娱乐 BG真人娱乐 体育外围 欧洲杯下注 欧洲杯下注 欧洲杯下注 欧冠下注 欧冠下注 KPL下注 欧冠竞猜 LOL下注 LOL下注 博彩网站推荐