Di sebalik kek yang melawan tarikan graviti
- BungaTelang
- Feb 23, 2020
- 1 min read
Updated: Feb 23, 2020

Kredit gambar: Instagram Zahirah Macwilson.
Paling menarik perhatian netizen pada majlis resepsi pasangan pelakon Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Redza kelmarin adalah kek perkahwinan mereka yang tergantung seperti chandelier.
Kek tujuh tingkat hasil rekaan Lilylolacakes itu seolah-olah melawan gravity menjadikan ia antara kelainan yang cukup unik pada hari bersejarah pasangan ini yang melangsungkan pernikahan pada 20 Februari lalu.
Berdasarkan instagram perekanya, idea untuk menghasilkan kek berkenaan dipendam sejak tiga tahun lalu sehinggalah Zahirah dan Aiman menjadi pasangan paling tepat untuk merealisasikan rekaannya.
Kredit gambar: Instagram Zahirah Macwilson.
Ia juga menjadi satu kejutan kepada pasangan itu kerana mereka sendiri tidak menyedari kewujudannya yang tergantung di dewan sehinggalah ia diturunkan ketika acara memotong kek perkahwinan mereka.
Kek chandelier atau kek terbalik juga dikenali dengan kek gantung disebabkan susunannya yang terbalik bagaikan melawan tarikan graviti.
Kek sebegini sudah cukup popular di luar negara, tetapi pembuatannya yang mencabar menyebabkan tidak ramai pereka tempatan mampu melakukannya.
Berbeza dengan kek biasa, sususan kek haruslah dilakukan secara terbalik dengan lapisan paling besar di bahagian atas manakala lapisan paling kecil disusun paling bawah.
Melihatkan keunikan penghasilannya, sudah pastinya kek ini juga membabitkan kos yang agak tinggi, apatah lagi ia memerlukan peralatan yang bersesuaian bagi membolehkan kek ini tergantung seperti lampu chandelier.
Sudah pastinya bukan semua jenis kek sesuai untuk dijadikan sebagai kek terbalik ini dan biasanya kek dari jenis padat seperti kek mentega dan coklat dikatakan paling sesuai.
亚博体育 亚博体育 亚博体育 亚博体育 亚博体育 开云体育 开云体育 开云体育 开云体育 IM体育 IM体育 博彩资讯 博彩导航 杏运体育 杏彩体育 乐鱼体育 爱游戏体育 华体会体育 华体会体育 AG真人娱乐 AG真人娱乐 AG真人娱乐 AG真人娱乐 AG真人娱乐 BG真人娱乐 体育外围 欧洲杯下注 欧洲杯下注 欧洲杯下注 欧冠下注 欧冠下注 KPL下注 欧冠竞猜 LOL下注 LOL下注 博彩网站推荐