top of page
Mekar Sang Ungu: Blog2

Henti spekulasi, negara masih aman - IGP

  • BungaTelang
  • Feb 24, 2020
  • 1 min read

Kredit gambar: Bernama

Situasi di Malaysia masih aman, demikian menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, hari ini. Beliau memberi amaran supaya rakyat tidak membuat spekulasi berhubung krisis terbaharu politik yang boleh menjejaskan ketenteraman awam. Abdul Hamid memaklumkan, beliau mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memberi taklimat berkaitan situasi dalam negara. "Saya berada di Istana Negara sejak tengah hari untuk memberi taklimat kepada Tuanku berhubung situasi dalam negara. "Situasi pada umumnya masih aman dan tenang. Tuanku sudah mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian dalam negara.

"Polis tidak menerima sebarang laporan ancaman setakat ini. Tiada isu yang boleh mencetuskan pergaduhan dalam kalangan rakyat. PDRM akan terus memantau rapat situasi serta menghalang insiden tidak diingini." - Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Sementara itu, Al-Sultan Abdullah menerima peletakan jawatan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam pertemuan mereka jam 5 petang hari ini namun meminta beliau terus memegang jawatan sementara sehingga pemimpin baharu dilantik. Sumber: Bernama, The Straits Times #letak jawatan #PM

 
 
 

Comments


  • twitter
  • linkedin

©2020 by BungaTelang. Proudly created with Wix.com

bottom of page