top of page
Mekar Sang Ungu: Blog2

Istana jamu media KFC

  • BungaTelang
  • Feb 24, 2020
  • 1 min read

Kredit gambar: NST Online.

Kesungguhan pihak media yang 'berkampung' di Istana Negara bagi melaporkan perkembangan terkini kemelut politik tanahair mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong.

Prihatin dengan kesungguhan kumpulan wartawan dan jurugambar yang menanti sejak awal pagi untuk mendapat bahan berita, pihak istana menjamu mereka dengan KFC.

Sumbangan bungkusan makanan itu disampaikan setiausaha sulit Yang di-Pertuan Agong, Kolonel (B) Datuk Nazim Mohd Alim.

Kredit video: NST Online

Pintu masuk Istana Negara menjadi tumpuan media tanahair seawal jam 8 pagi hari ini bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai kehadiran beberapa pemimpin politik tanahair termasuk Perdana Menteri yang dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong.


 
 
 

Comments


  • twitter
  • linkedin

©2020 by BungaTelang. Proudly created with Wix.com

bottom of page