top of page
Mekar Sang Ungu: Blog2

Jangan panik atau viralkan berita palsu

  • BungaTelang
  • Mar 16, 2020
  • 1 min read

Kes Covid-19 yang dilaporkan terus meningkat secara global mencetuskan kebimbangan masyarakat terutama selepas kejadian perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling minggu lalu yang menjadi punca peningkatan kes di negara ini.

Walaupun angka yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan jumlah keseluruhan kes Covid-19 sehingga kini adalah 162,711 di seluruh dunia, Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati orang ramai supaya tidak panik.

Jangan viralkan atau sebarkan berita palsu dan tidak sahih.

Mereka sebaliknya diminta mengikuti segala nasihat KKM dalam usaha mencegah penularan penyakit global ini.


Tidak kira di mana anda berada sama ada di tempat kerja, pusat beli belah mahu pun ketika dalam kenderaan awam, anda masih mampu mencegahnya.

Sehingga kini, sebanyak 76,077 atau 46.76 peratus daripada kes Covid-19 yang disahkan di seluruh dunia mencatatkan kesembuhan.

Paling penting jangan terlibat dalam semua perhimpunan membabitkan orang ramai (mass gathering). Mari amalkan langkah kebersihan untuk mencegah kemungkinan jangkitan Covid-19.


 
 
 

Comments


  • twitter
  • linkedin

©2020 by BungaTelang. Proudly created with Wix.com

bottom of page