top of page
Mekar Sang Ungu: Blog2

KL Ibu Kota Buku Dunia: Membacakah anda?

  • BungaTelang
  • Feb 24, 2020
  • 1 min read

Bila kali terakhir anda membaca buku? Lepas SPM? Peperiksaan akhir semester ? Membaca itu sangat ‘trendy’ sewaktu ramai orang memilih untuk membuang masa. Membaca membawa anda mengelilingi dunia sewaktu ramai yang memilih menjadi kecewa kerana ‘kalah’ atau ‘mati’ dalam permainan video! Membaca menjadikan anda pandai! Tahun ini, Kuala Lumpur dianugerahkan sebagai Ibu Kota Buku Dunia 2020 (KLWBC) oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan serta Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang dijangka membawa impak jangka panjang kepada industri buku negara

Bakal diraikan pada 23 April 2020 hingga 22 April tahun depan, setakat ini KL adalah ibu kota ke-20 menerima gelaran berkenaan di seluruh dunia sejak UNESCO memperkenalkan anugerah ini pada tahun 2001.

Ia diberikan kepada bandar raya yang menunjukkan komitmen tinggi kepada penganjuran, promosi dan aktiviti pembacaan. Selama setahun, bermula 23 April ini hingga 22 April tahun berikutnya, bandar raya yang terpilih akan melaksanakan pelbagai promosi berkaitan perbukuan, kesusasteraan, kesenian dan gerakan membaca. Apa buku yang anda perlu baca, mari kami cadangkan! 1. Ikarus ~ SM Zakir 2. Sunan Musafir (Bagaikan Puteri) ~ Ramlee Awang Murshid 3. Aci Patmabi ~ Azmi Iskandar Merican 4. Nanyang ~ Hafizah Iszahanid 5. Lukanya Merah ~ Rohani Deraman

Disclaimer: Kenapa 6 tajuk di atas? Sebab, ia membantu menjadikan anda mengenal bangsa!

 
 
 

Comentários


  • twitter
  • linkedin

©2020 by BungaTelang. Proudly created with Wix.com

bottom of page