top of page
Mekar Sang Ungu: Blog2

Makam mewah San Diego Hills, persemadian terakhir Ashraf Sinclair

  • BungaTelang
  • Feb 18, 2020
  • 1 min read

Updated: Feb 19, 2020


Gambar: Antara News


Jenazah pelakon Ashraf Sinclair selamat dikebumikan di kawasan perkuburan mewah San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat petang tadi.

Pemergian Allahyarham pada usia 40 tahun mengejutkan peminat dan rakannya di Malaysia dan Indonesia.


Sempat minta mi segera


Menurut laporan Antara News yang memetik rakan selebriti Maia Estianty, sebelum meninggal, Ashraf meminta isterinya Bunga Citra Lestari (BCL) memasak mi segera.

"Ceritanya, sebelum tidur Ashraf meminta Unge (panggilan untuk BCL)masak mi segera untuknya dan Unge kemudian mencuci muka sebentar.

"Namun, selesai mencuci muka untuk mengejutkan Ashraf, aktor itu bagaimanapun tiada reaksi. Peristiwa itu sangat pantas," kata Maia yang ditemui di rumah mayat terletak di Pejaten Barat di sini, pada Selasa.

Ashraf meninggal dunia di Rumah Sakit MMC, Kuningan, Jakarta, jam 04.50 pagi Waktu Indonesia Barat (WIB) atau 5.50 pagi waktu Malaysia.


Gambar: Antara News


Terlalu sedih

Terdahulu, BCL yang berpakaian serba putih kelihatan sembab serta tidak dapat menahan tangis ketika mengiringi jenazah suaminya ke perkuburan kira-kira jam 2 petang WIB. Malah, video beliau menangis teresak-esak juga viral.

Gambar: Antara News


Sementara itu laporan Antara juga menyebut perkuburan mewah itu mengenakan empat jenis bayaran kepada pelanggan iaitu pemakaman tunggal berharga Rp37 juta (RM11,231) hingga Rp84 juta (RM25,500); semi private berharga Rp224 juta (RM68,000) hingga Rp457 juta (RM138, 758); private estate berharga Rp650 juta (RM197,372) hingga Rp1.7 miliar (RM 516,154) dan peak estate berharga mulai dari Rp4 miliar (RM1.2juta).

Harga tersebut adalah sekali bayar tidak termasuk biaya tahunan yang merangkumi penjagaan perkuburan, rumput, keselamatan dan lain-lain.


Sumber: Antara News

 
 
 

Comments


  • twitter
  • linkedin

©2020 by BungaTelang. Proudly created with Wix.com

bottom of page