top of page
Mekar Sang Ungu: Blog2

Nasi lemak 'orang putih' TTDI

  • BungaTelang
  • Feb 17, 2020
  • 2 min read

Updated: Feb 25, 2020




Minggu lalu viral kisah seorang 'Mat Salih' berniaga nasi lemak di Taman Rimba Kiara, Taman Tun Dr. Ismail di pinggir Kuala Lumpur. Bunga Telang tak puas hati mahu melihat sendiri betul ke seperti apa yang dilaporkan sebuah portal tempatan berkenaan. Pagi tadi selepas sekian lama tidak mengeluarkan peluh disebabkan kecederaan kaki sejak beberapa bulan lalu, Bunga Telang mendapat kekuatan untuk berjogging ke Taman Rimba Kiara.


Memang benar, kelihatan 'Mat Salih' berkenaan sedang sibuk melayan beberapa pelanggan yang mahu merasakan air tangan beliau. Beliau yang dibantu ibunya nampak tidak kekok membungkus beberapa nasi lemak pesanan pelanggan. Sempat Bunga Telang mendekati gerainya. Memang wangi nasi lemak yang dijualnya. Lauknya ringkas, hanya sambal tumis, telur dadar dan hirisan timun yang dijual pada harga RM3 sebungkus.

Walau tangannya sibuk membungkus nasi lemak, beliau sempat menyapa Bunga Telang. Sempat juga Bunga Telang mengajukan pertanyaan betul ke nasi lemak tu dimasak sendiri. Beliau mengakui perkara itu.

Tidak mahu menganggu jualannya, Bunga Telang meminta diri untuk meneruskan jogging. Usai aktiviti jogging sekali lagi Bunga Telang lalu di gerainya dan kelihatan si ibu mengemas barangan di meja jualan menandakan nasi lemak mereka sudah habis. Tetapi si anaknya tidak kelihatan di gerai berkenaan.

Mereka mula membuka gerai seawal 7 pagi dan sebelum 9 semuanya habis dijual. Menurut si ibu, setiap hari anaknya


akan memasak sendiri nasi lemak dan sambal tumis untuk jualan. "Dia bangun seawal jam 3 pagi untuk menyediakan nasi lemak. Tapi sambal biasanya disediakan sehari lebih awal. Dia belajar sendiri dari YouTube," kata si ibu bila ditanya perihak anaknya itu.

Ditanya mengenai asal usul keluarganya, menurut si ibu lagi, mereka berasal dari Munich, Jerman tetapi tinggal di Amerika Syarikat. Anaknya itu sudah lima tahun berada di Malaysia. Sedang kami rancak berbual, anaknya muncul bersama kereta Mercedez C class putih untuk membawa perkakasan jualan mereka. Bukan kaleng-kaleng si penjual nasi lemak ni.

Tidak hairanlah menurut laporan portal berkenaan, lelaki yang dikenali sebagai 'Michael White' ini sebenarnya bakal membuka restoran di NU Sentral dan sementara menantikan pengubahsuaian premisnya itu siap, beliau meniaga nasi lemak.

1 Comment


afzanyusof9
Feb 17, 2020

Tak sabar nak mencuba..

Like
  • twitter
  • linkedin

©2020 by BungaTelang. Proudly created with Wix.com

bottom of page