top of page
Mekar Sang Ungu: Blog2

Pakar tolak rumor "emsculpt" sebab kematian Ashraf

  • BungaTelang
  • Feb 21, 2020
  • 2 min read

Kredit gambar: Instagram Ashraf Sinclair


Pakar Perubatan Sukan di Indonesia, Dr Andhika Raspati menolak dakwaan kaedah 'emsculpt' dilakukan Allahyarham Ashraf Sinclair beberapa hari sebelum kematiannya sebagai penyebab serangan jantung yang dialami.

"Jika kita merujuk kes kematian Ashraf yang dikaitkan dengan Rangsangan Elektrik Otot (EMS), ia bukan disebabkan EMS kerana walaupun dengan EMS berlebihan, ia tiada kaitan langsung dengan gangguan jantung yang menyebabkan kematian beliau," kata Dr Andhika.


Penjelasan mengenai emsculpt


Doktor yang bertugas di Jawatankuasa Olahraga Nasional Indonesia Jakarta Pusat itu menjelaskan, kaedah emsculpt adalah produk yang menggunakan rangsangan otot menggunakan elektrik atau EMS.

"Sinonim namanya, EMS adalah kaedah di mana otot diberi rangsangan elektrik dari luar supaya ia boleh menguncup," katanya.

Seperti mana pergerakan biasa, EMS bertujuan memberi rangsangan elektrik seperti rangsangan otak kepada otot yang diterjemahkan dalam bentuk penguncupan.


Gambar dan video dimuat naik Asfraf menerusi Instagram menunjukkan beliau menjalani prosedur 'emsculpt'. Kredit gambar: Instagram Ashraf Sinclair.


Bahaya EMS


Kaedah EMS bagaimanapun bahaya jika dilakukan dalam dos berlebihan.

Jika rangsangan elektrik diberi terlalu banyak kepada otot, ia boleh menyebabkan kerosakan kepada tisu atau sel otot.

"Ia boleh menyebabkan kesakitan ketika otot menguncup. Jika kerosakan besar atau berlebihan, ia boleh menjurus kerosakan lebih teruk di mana rhabdomiolisis (kerosakan sel otot) boleh juga berlaku, seterusnya menjejaskan fungsi buah pinggang," katanya.

Rhabdomiolisis adalah keadaan di mana tisu sel otot koyak, seterusnya ia memasuki saluran darah yang pada akhirnya perlu ditapis menerusi buah pinggang dan penyebab kepada gangguan fungsi buah pinggang.


"Bagaimanapun, saya tidak tahu protokol apa digunakan untuk mengatakan (seperti dakwaan) ia bersamaan 20,000 bangun tubi dalam tempoh 30 minit, jika kita bercakap mengenai EMS, ada penetapan frekuensi dan intensiti, saya tidak tahu bagaimana mereka menggunakannya," kata Dr Andhika Raspati.

Dr Andhika bagaimanapun tidak mengesyorkan kaedah itu dilakukan tanpa latihan fizikal yang lain.


Sumber: Antara News

 
 
 

Comentários


  • twitter
  • linkedin

©2020 by BungaTelang. Proudly created with Wix.com

bottom of page