top of page
Mekar Sang Ungu: Blog2

Pengasas kicap Jalen meninggal dunia pada usia 82 tahun

  • BungaTelang
  • Feb 18, 2020
  • 1 min read

Updated: Feb 19, 2020


Gambar: FB Kicap Jalen


Usahawan tersohor yang juga pengasas kicap jenama Jalen, Datuk Abdul Jalil Long meninggal dunia jam 3.55 petang tadi Hospital Pakar Puteri Johor Bahru.

Laman web rasmi Kicap Jalen merakam dukacita bahawa Allahyarham kembali rahmatullah anggaran jam 3.55 petang tadi (18.02.2020) di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru.


"Salam takziah dari kami warga JALEN SDN BHD dan salam takziah buat seluruh ahli keluarga, semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dikalangan yang beriman serta dikasihiNya aamiin...."


Allahyarham yang meninggal dunia pada usai 82 tahun akan dikebumikan selepas isyak di Tanah Perkuburan Taman Kebun Teh.

Allahyarham mencipta sendiri ramuan kicapnya pada 1981 dengan menubuhkan syarikat kecil bernama Jalil Entreprise.

Jalen memulakan operasinya pada November 1981 sebagai Jalil Enterprise.

Aktiviti utamanya adalah membekalkan kicap secara kontrak bagi jenama Habhal.

Bagaimanapun, perjanjian ditamatkan pada November 1986 yang menyaksikan syarikat itu kemudiannya mengusahakan produk sendiri.

Ogos 1988 menyaksikan era baharu dalam industri pembuatan makanan tempatan apabila Jalen memulakan operasi membekalkan jenama baharu Kicap Jalen secara terus ke pasaran.

Sambutan hebat dalam kalangan masyarakat menyebabkan perniagaan meraih pelaburan sehingga berjuta ringgit.

Ia bagi membolehkan kilangnya menggunakan alatan seperti mesin teknologi yang canggih untuk meningkatkan dan seterusnya bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin tinggi bagi kicap jenama tersebut.

Jalil juga kemudian menambahkan lagi produknya selain daripada kicap.

Antaranya sos cili, kicap manis, sos tomato yang berperasa tiram, cuka buatan, taucu masin dan kordial.


 
 
 

Comments


  • twitter
  • linkedin

©2020 by BungaTelang. Proudly created with Wix.com

bottom of page