Peragaan Balenciaga dalam lopak air
- BungaTelang
- Mar 18, 2020
- 1 min read

Pelbagai usaha dilakukan pengusaha fesyen dalam meraih tumpuan khalayak terhadap koleksi mereka tampilkan. Terbaharu, jenama mewah antarabangsa, Balenciaga memaparkan model melakukan penggayaan pakaian sedia pakai bagi koleksi musim luruh/sejuk 2020 dalam lopak air. Lantai peragaan dihasilkan sedikit melengkuk bagi menakung air, seterusnya menjadi landasan model memperaga. Lopak air setinggi pangkal buku lali itu, mencipta efek menakjubkan sewaktu model mengalun langkah. Malah apabila mengenai bidikan kamera juru gambar, gambar dihasilkan kelihatan cukup luar biasa.
Idea itu hasil cetusan Pengarah Kreatif Balenciaga, Demna Gvasalia sebagai ingatan masyarakat terhadap perubahan iklim dunia, termasuklan insiden kota fesyen Paris yang baru-baru ini berhadapan kenaikan paras air laut. Gvasalia turut menampilkan suasana peragaan yang malap dan sedih pada layar LED yang dipasang di langit-langit panggung yang memaparkan gambar langit gelap menyelubungi alam. Malah latar muzik menggerunkan yang dimainkan sepanjang pertunjukan itu, turut menaikkan ‘mood’untuk lebih menghargai alam sekitar.
Pertunjukan berlangsung di kompleks studio filem, Cite du Cinema, Paris, awal bulan ini pantas meraih lebih 300,000 tontonan di laman Youtube.
Menariknya sebahagian daripada model ditampilkan adalah daripada kalangan orang biasa, bukannya model terkenal pada usia dan betuk tubuh berbeza.
Koleksi sedia pakai ini didatangkan dalam rona malam dan hitam. Sebahagian besar koleksi ialah jaket, kot dan jubuh labuh.
Sumber : Balenciaga
Kommentare