PH calon Anwar jadi PM
- BungaTelang
- Feb 26, 2020
- 1 min read

Kredit gambar: Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim
Pakatan Harapan (PH) yang kini disertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Amanah mengekalkan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.
Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam kenyataan akhbar petang ini menyifatkan sejak cubaan menumbangkan kerajaan hujung minggu lalu, PH terus berusaha mempertahankan mandat diamanahkan rakyat sejak 9 Mei 2018.
Menurut kenyataan itu, kerajaan sebelum ini terbentuk sebagai satu gabungan Muafakat Pakatan Harapan yang dicapai pada 7 Januari 2018 diikuti pelancaran Buku Harapan dua bulan selepas itu.
"Di atas asas ini lah PH dibentuk, diberi mandat oleh rakyat dan menjalankan amanah sebagai kerajaan. PH tidak bersetuju dengan sebarang usaha menubuhkan kerajaan secara pintu belakang," kata kenyataan itu.
Rentetan cubaan menubuhkan kerajaan secara pintu belakang Tun Dr Mahathir meletak jawatan sebagai PM.
Keputusan BERSATU keluar dari Pakatan Harapan, Isnin lalu disusuli peletakan jawatan Tun sebagai Pengerusi BERSATU.
Sehubungan itu, Majlis Presiden Pakatan Harapan menjemput Tun Dr Mahathir mempengerusikan mesyuarat bagi memulihkan kerajaan, namun Tun tidak bersetuju menghadiri mesyuarat yang diadakan semalam.
Justeru, keputusan Majlis Presiden pada mesyuarat yang sama menetapkan Anwar sebagai calon PM yang baharu.
Comentarios