top of page
Mekar Sang Ungu: Blog2

Siti Zubaidah beracun?

  • BungaTelang
  • Mar 9, 2020
  • 1 min read

Kredit gambar: Pusat Racun Negara

Tumbuhan berbunga lebat dikenali sebagai Siti Zubaidah atau Hydrangea antara pokok bunga hiasan popular dalam kalangan masyarakat kita.

Mudah hidup, tidak renyah daripada aspek penjagaan. Malah rona bunganya yang cantik menyebabkan tumbuhan hiasan ini mendapat tempat di hati penggemarnya. Bagaimanapun Pusat Racun Negara dalam perkongsiannya di laman facebook (FB) mendedahkan dalam kecantikan itu ternyata ia memiliki bahaya tersembunyi.

Bahagian tumbuhan ini terutama cecair atau getahnya mengandungi hydrangin (sejenis bahan sianogenik glikosid), febrifugine, hydrangenol dan loganin.

"Bahan kimia ini boleh menyebabkan rasa loya, sakit perut, muntah-muntah, cirit birit, lemah otot, sawan, koma dan kematian bergantung kepada kuantiti yang terdedah," menurut status berkenaan.

Kredit gambar: Pusat Racun Negara

Justeru Pusat Racun Negara menyarankan supaya peminat bunga ini perlu berhati-hati mengendalikannya terutama sekali jauhkan daripada capaian kanak-kanak dan juga haiwan peliharaan. Pakai sarung tangan ketika mengendalikan tumbuhan ini dan cuci tangan dan pakaian selepas itu. Pokok bunga Hydrangea merupakan pokok hiasan yang paling sesuai hidup di kawasan tanah tinggi. Ia semakin mendapat tempat di hati peminat bunga kerana warna bunganya yang lembut. Bunga pokok ini mengambil masa selama tiga (3) bulan untuk mekar sepenuhnya dan warnanya akan bertukar-tukar sepanjang masa tersebut.

 
 
 

Comments


  • twitter
  • linkedin

©2020 by BungaTelang. Proudly created with Wix.com

bottom of page