top of page
Mekar Sang Ungu: Blog2

Wang kertas boleh sebar coronavirus -WHO

  • BungaTelang
  • Mar 5, 2020
  • 1 min read

Teknologi tanpa tunai mampu cegah Covid-19.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran, penggunaan wang kertas mungkin boleh menyebarkan jangkitan coronavirus.

Agensi kesihatan dunia itu menasihatkan orang ramai supaya menggunakan teknologi tanpa hubungan berbanding penggunaan wang tunai oleh kerana ia berpotensi menyebarkan virus membawa maut itu.

Virus mudah berjangkit Covid-19 itu tidak mustahil berada di permukaan wang kertas selama beberapa hari, demikian amaran WHO.

Untuk menghentikan penyebaran jangkitan, orang ramai dinasihatkan menggunakan bayaran tanpa tunai jika boleh dan segera mencuci tangan selepas memegang wang kertas.

Malah Bank of England mengakui wang kertas 'boleh membawa bakteria atau virus' sambil menggalakkan pengendalinya kerap mencuci tangan.

WHO memberi amaran tidak mustahil virus Covid-19 berada pada permukaan wang kertas.

Bulan lalu, bank di China dan Korea Selatan mula menyahkuman dan mengasingkan penggunaan wang kertas sebagai usaha membendung penyebaran Covid-19 di negara masing-masing.

Cahaya ultra-lembayung atau suhu tinggi digunakan untuk menyahkuman dan mensteril wang kertas sebelum ia disimpan selama 14 hari dan diedarkan, kata Bank Pusat China.

Bagaimanapun sumber Bank of England mengatakan, kaedah sedemikian tidak dilakukan di United Kingdom kerana risiko menguruskan wang polimer tiada bezanya dengan menyentuh objek atau permukaan biasa seperti selusur tangan, tombol pintu atau kad kredit.

Coronavirus boleh dijangkiti menerusi sentuhan objek tercemar atau pendedahan terhadap cecair hidung atau hubungan langsung dengan pesakit, menurut WHO.


Bank of England menegaskan risiko menguruskan wang polimer tiada bezanya dengan menyentuh objek atau permukaan biasa seperti selusur tangan, tombol pintu atau kad kredit.

Namun tidak dipastikan berapa lama coronavirus mampu hidup di luar tubuh manusia.

Difahamkan, coronavirus yang menjangkiti manusia mampu bertahan pada objek tercemar selama sembilan hari pada suhu bilik menerusi analisis 22 kajian awal terhadap virus sama termasuk Sindrom Pernafasan Akut ( SARS) dan Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) diterbitkan dalam Journal of Hospital Infection secara dalam talian bulan ini.

Bagaimanapun, bahan penyahkuman biasa boleh menghapuskannya serta suhu tinggi, menurut penulis kajian namun tidak pasti jika coronavirus baharu juga bersifat demikian.



Sumber: Yahoo

 
 
 

Comentarios


  • twitter
  • linkedin

©2020 by BungaTelang. Proudly created with Wix.com

bottom of page