10 soalan coronavirus
- BungaTelang
- Mar 4, 2020
- 2 min read

Berikut adalah 10 soalan yang perlu ada tahu mengenai coronavirus.
1. Apa itu coronavirus?
Coronavirus adalah keluarga besar virus yang mungkin menyebabkan penyakit dalam kalangan
manusia atau haiwan. Dalam kalangan manusia, ia boleh menyebabkan jangkitan pernafasan seperti selesema biasa sehinggalah penyakit serius seperti sindrom pernafasan Asia Barat (MERS) dan sindrom pernafasan akut (SARS).
Jenis baharu virus juga menyerang sistem pernafasan, menyebabkan penyakit dikenali sebagai Covid-19.
2. Apakah gejala Covid-19?
Gejala biasa jangkitan Covid-19 adalah demam, lesu dan batuk kering. Gejala ini biasanya
ringan dan berkembang secara berperingkat. Menurut WHO, penyakit itu tidak serius dalam
80 peratus kes.
Namun kira-kira 14 peratus menyebabkan penyakit serius termasuk pneumonia dan kesukaran
bernafas sementara kira-kira lima peratus mengalami penyakit kritikal termasuk kegagalan
pernafasan, kejutan sepsis dan kegagalan pelbagai organ.
3. Adakah coronavirus membawa maut?
Ya, penyakit itu menyebabkan maut membabitkan dua peratus kes. WHO, pada17 Februari lalu, memetik kajian diterbitkan China dengan data terperinci merujuk lebih 44,000 kes yang disahkan.
Mereka yang berisiko adalah warga emas atau pesakit dengan penyakit sedia ada seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan diabetes.
4. Adakah coronavirus mudah berjangkit?
Ya, virus baharu itu boleh menjangkiti manusia daripada individu kepada individu lain.
5. Bagaimana coronavirus merebak?
Penyakit itu biasanya mudah merebak dari seorang individu kepada individu lain menerusi
cecair pernafasan apabila individu dijangkiti batuk atau bernafas. Ia boleh juga dipindahkan menerusi permukaan tercemar.
6. Berapa lama coronaviruses hidup di permukaan?
Tidak jelas berapa lama coronavirus baharu itu hidup di permukaan, namun WHO berkata, ia sama seperti coronavirus lain. Agensi itu berkata, coronavirus termasuk yang menyebabkan
Covid-19 boleh berada di permukaan selama beberapa jam sehingga beberapa hari.
7. Bolehkah manusia menjangkiti coronavirus daripada anjing atau kucing?
Tidak.
8. Bagaimana coronavirus baharu dirawat?
Tiada vaksin dan tiada ubatan antiviral khusus untuk mencegah atau merawat Covid-19. Individu yang dijangkiti seharusnya menerima penjagaan bagi mengurangkan gejala dan WHO mengatakan, kebanyakan pesakit pulih selepas menerima penjagaan sokongan.
9. Adakah kelawar sumber coronavirus?
Dalam satu kajian diterbitkan akhir Februari lalu, WHO berkata, kelawar menjadi sumber virus Covid-19, namun, hos pengantara belum dikenal pasti.
Sesetengah saintis mengesyaki, virus baharu itu mungkin disebarkan daripada kelawar kepada manusia menerusi tenggiling, namun teori ini belum dibuktikan.
10. Apakah MERS coronavirus?
MERS adalah penyakit pernafasan disebabkan sejenis coronavirus sama dengan penyebab
Covid-19. Penyakit itu kali pertama muncul di Arab Saudi pada 2012 dan sumber jangkitan
berpunca daripada unta.
Gejala ditunjukkan termasuk demam, batuk dan sesak nafas.
Sumber: Al Jazeera News
Comments