Arab Saudi sekat pelancong, jemaah umrah
- BungaTelang
- Feb 27, 2020
- 1 min read

Bimbang penularan wabak coronavirus, Arab Saudi menggantung kemasukan jemaah umrah atau individu yang berhasrat mengunjungi Makkah dan Madinah, kata Kementerian Luar dalam kenyataan dikeluarkan Khamis. Garis panduan bagi mencegah kemasukan virus itu ke Arab Saudi juga termasuk penggantungan perjalanan dari dan ke Arab Saudi untuk rakyat negara Teluk (GCC) menggunakan kad pengenalan. Penggantungan itu turut terpakai untuk kemasukan pelancong menggunakan visa dari negara yang mencatat penyebaran virus. Hampir tujuh juta jemaah umrah tiba di Arab Saudi setiap tahun dan majoritinya mendarat di Lapangan Terbang Jeddah dan Madinah. Perkembangan itu berlaku ketika acara sukan global menyaksikan ia ditangguh atau dibatalkan berikutan kebimbangan penularan wabak coronavirus dengan angka kematian melebihi 2,000 orang. Sumber: Arab News #ArabSaudi #umrah #coronavirus
Comments