Ashraf Sinclair baru pulang dari AS sebelum meninggal
- BungaTelang
- Feb 18, 2020
- 1 min read
Updated: Feb 27, 2020

Allahyarham Ashraf Sinclair yang meninggal dunia pagi ini (Selasa) akibat serangan jantung baru beberapa hari pulang dari Amerika Syarikat kerana menemani isterinya, Bunga Citra Lestari (BCL).
BCL yang juga pelakon dan penyanyi Indonesia menghadiri acara pertunjukan fesyen musim luruh Michael Kors di New York minggu lepas.

Berdasarkan kiriman gambar di Instagram adiknya, Adam Sinclair pada 10 Februari lalu, mereka menaiki penerbangan ke Amerika dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura.
Turut dilihat dalam gambar adalah adik iparnya, penyanyi terkenal Yuna yang juga kepada suami Adam.
Gambar Ashraf dan BCL yang memakai hoodie di New York turut dirakam Adam pada keesokan harinya.

Instagram BCL memaparkan dirinya memakai jaket labuh labuci biru menghadiri pertunjukan fesyen musim luruh Michael Kors #NYFW pada 12 Februari lepas.
Kali terakhir Ashraf mengemaskini halaman Instagramnya adala kira-kira tiga hari lalu yang menunjukkan beliau berada di sana.
Pemergian Ashraf Sinclair atau nama penuhnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair yang lahir 18 September 1979 di Croydon, United Kingdom mengejutkan ramai peminatnya di Malaysia dan Indonesia.
Allahyarham meninggalkan isteri BCL, selebriti Indonesia yang dinikahinya pada 2008 dan anak lelaki, Noah yang bakal menginjak usia 10 tahun.
Comments