top of page
Mekar Sang Ungu: Blog2

BCL sebak di pentas

  • BungaTelang
  • Feb 29, 2020
  • 1 min read

Updated: Mar 1, 2020



Bunga Citra Lestari (BCL) sebak ketika dendangkan lagu Cinta Sejati. Kredit gambar Facebook Music Fanpage.

Penampilan sulung penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) yang kehilangan suami kira-kira 10 hari lalu mengundang sebak penonton yang menyaksikan persembahannya di SQ Dome, Cilandak, Jakarta Selatan malam tadi.

BCL kelihatan tidak dapat menahan hiba ketika mendendangkan lagu Cinta Sejati sehingga terpaksa dibantu penonton menyanyikan sebahagian daripada runut bunyi nyanyiannya bagi filem Habibie dan Ainun itu.

Balu Allahyarham Ashraf Sinclair yang tampil mengenakan busana serba hitam, muncul buat kali pertama selepas suaminya meninggal dunia 18 Februari lalu.

Video nyanyian BCL itu turut tular sehingga mengundang sebak bagi kebanyakan warga net yang cukup faham terhadap kesedihan yang sedang dialaminya.


Terdahulu sebelum memulakan persembahan BCL sempat berpesan kepada peminatnya untuk menghargai waktu bersama orang yang dicintai.

"Anda tidak tahu bila waktu itu akan selesai. Ini kali pertama selepas cinta sejati saya pergi buat selamat-lamanya. Saya akan membahagiakan cinta kepada semua orang" katanya yang tidak dapat menahan tangisan apabila dilihat mengesat air mata di pipi.

BCL juga dilihat menangi teresa-esak sambil dipeluk dua rakannya, Afghan dan Vidi sebaik selesai melakukan persembahannya malam tadi.

Malam ini penyanyi itu dijadualkan meneruskan komitmen untuk muncul dalam Konsert Romantic Valentine bersama penyanyi Ronan Keating dan Christian Bautista di Pullman Central Park, Jakarta Barat.


Sumber: Agensi



Comments


  • twitter
  • linkedin

©2020 by BungaTelang. Proudly created with Wix.com

bottom of page