top of page
Mekar Sang Ungu: Blog2

Media sosial dekatkan diri Rizalman dengan pengikut

  • BungaTelang
  • Feb 21, 2020
  • 2 min read


Rizalman amat menghargai peminatnya. Kredit gambar Instagram Rizalman Ibrahim


Pengumuman pereka terkenal Datuk Rizalman Ibrahim berundur daripada dunia fesyen mengejutkan ramai.

Ia bagaimanapun, bukanlah petanda luar biasa kerana sejak tahun lalu, pereka berusia 49 tahun ini seolah-oleh sudah memberi 'hint' untuk berhijrah, dengan berkongsi takzirah setiap subuh menerusi laman instagram (IG) rasminya Rizalman71.

Malah, tazkirah beliau turut menarik perhatian pengikutnya yang bukan beragama Islam untuk mengikutinya hampir saban pagi.

Menerusi setiap pesanannya kepada hampir 800,000 pengikut IG beliau sering menitipkan ingatan untuk jujur, berkongsi rezeki dan syukur kepada Allah.

Malah beliau mempelbagaikan cabang perniagaan dengan menampilkan produk makanan, makanan tambahan dan beg tangan.


Kredit gambar: Instagram Rizalman Ibrahim


Strategi pemasaran beliau dengan memperkenalkan harga mampu milik disertai promosi kreatif yang mencuit hati menjadi ramuan dalam meraih kepercayaan peminatnya yang barangkali sebelum ini takut untuk mendampingi pereka yang memiliki nama gah ini.

Rizalman yang kami kenali sejak 20 tahun juga memperlihatkan transformasi diri yang cukup berbeza.

Daripada pereka yang dianggap perlu 'letak harga RM5,000', kepada susuk yang sangat budiman dan mendahului agama.


Doa menusuk kalbu

Antara paling jelas dilakukan ialah ingatan kepada pengikutnya seperti "chek dah beritahu, sekurang-kurangnya tanggungjawab aku dah terlepaih". Identiti bahasa utara memang menjadi medium komunikasi beliau di IGnya.

Pada kursus keusawanan RIniaga dianjurkan buat kali pertama penghujung tahun lalu, beliau turut mencipta kelainan naik ke pentas untuk membaca doa yang amat menusuk jiwa hingga mengundang sebak peserta.


Kredit gambar: Instagram Rizalman Ibrahim


Sentiasa berpesan

Sesuatu yang barangkali tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pereka fesyen atau usahawan dalam penganjuran acara mereka.

Malah beliau turut berpesan kepada peserta seminar untuk tidak malu-malu dan jangan pulang selagi tidak dapat bergambar dengan dirinya.

Keperibadian beliau yang sering meletakkan peminat dan pelanggan pada tempat teratas menyebabkan beliau disayangi.

Idea hebat dengan gaya bersahaja pereka kelahiran Pulau Pinang ini sememangnya diakui dan ia menjadi antara faktor beliau memiliki penyokong ramai serta menyayanginya.


“Saya minta izin mengundurkan diri dari arena fesyen. Saya menyerahkan tanggungjawab kepada pembantu, Faizul Surani." Ucapan sambil digenangi air mata itu bakal diingati dunia fesyen tempatan dan antarangsa.

Kredit gambar: Instagram Rizalman Ibrahim dan Faizul Surani.


Siapa Faizul?

Faizul yang bersama Rizalman sejak 15 tahun lalu, sebetulnya lebih daripada sekadar pekerja.

Beliau adalah rakan kongsi dalam cabang perniagaan lain Rizalman, lantaran menjadi orang paling dipercayai pereka itu.

Walaupun segelintir peminat menganggap Rizalman tidak harus berhenti sebaliknya terbabit dalam segmen pakaian muslimah, hanya tuan punya badan yang tahu apa dilakukannya.

Bunga telang mengucapkan selamat maju jaya kepada Rizalman dan teruskan menjadi inspirasi kepada orang ramai.


Comments


  • twitter
  • linkedin

©2020 by BungaTelang. Proudly created with Wix.com

bottom of page