top of page
Mekar Sang Ungu: Blog2

Daegu jadi bandar hantu selepas Covid-19

  • BungaTelang
  • Feb 23, 2020
  • 1 min read

Kredit gambar: AFP

Bandar keempat terbesar di Korea Selatan, Daegu kini tak ubah seperti bandar hantu apabila penduduknya takut keluar rumah. Ini berikutan ratusan pengunjung sebuah gereja di sini dijangkiti Covid-19.

Jalan raya, pusat beli belah dan pawagam di bandar yang dihuni 2.5 juta penduduk itu lengang selepas jangkitan yang disifatkan pihak berkuasa sebagai paling pantas pernah berlaku di luar China.

Penyelidikan baharu menunjukkan virus itu lebih berbahaya dan mudah dijangkiti berbanding anggapan sebelum ini.

Terbaharu, Korea Selatan melaporkan 123 kes baharu coronavirus setakat hari ini, menjadikan jumlahnya kepada 556 orang serta empat kematian.

Berita itu menambah kebimbangan, menjadikan tambahan satu lagi negara di Asia gagal mengawal jangkitan sekali gus tidak berupaya membendungnya daripada bertukar kepada pandemik.


Kredit gambar: Twitter (@IEofgroup)

Sehingga semalam, virus itu merebak ke 28 negara dengan 1,500 kes disahkan di luar China. Pelbagai jangkitan dilaporkan berlaku di Amerika Syarikat, Itali, Iran dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) serta satu di Mesir, kes pertama disahkan di benua Afrika.

Angka kematian tertinggi di luar China dicatatkan di Iran dengan enam kematian sehingga semalam.

Awal hari ini, China mencatat 76,936 kes disahkan dan 2,442 kematian.

Datuk Bandar Daegu, Kwon Young-jin pada Khamis memberitahu penduduk supaya tidak keluar rumah selepas 90 orang yang mengunjungi sebuah gereja menunjukkan gejala dijangkiti dan puluhan kes baharu disahkan selepas itu.

Sumber: Reuters, New York Times

Comments


  • twitter
  • linkedin

©2020 by BungaTelang. Proudly created with Wix.com

bottom of page