top of page
Mekar Sang Ungu: Blog2

Rizalman bersara, serah tanggungjawab kepada Faizul

  • BungaTelang
  • Feb 21, 2020
  • 1 min read

Kredit gambar: Instagram Rizalman Ibrahim


Selepas 30 tahun membina legasi fesyen, pereka terkenal Datuk Rizalman Ibrahim mengumumkan pengunduran diri dengan menyerahkan tanggungjawab itu kepada pembantunya Faizul Surani.

Rizalman membuat pengumuman itu usai Konsert Kesuma Jiwa 2020, berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, malam tadi.

“Saya minta izin mengundurkan diri dari arena fesyen. Saya menyerahkan tanggungjawab kepada pembantu, Faizul Surani," katanya dalam linangan air mata.

Video ucapan itu dikongsi menersui instagram beliau.

“Kematian beberapa teman membuatkan saya terkesan dan terfikir bahawa Allah boleh saja mengambil nyawa kita pada bila-bila masa.
“Saya takut tidak bersedia apabila dijemput oleh Allah. Saya mahu pergi dalam keadaan bersedia," - Datuk Rizalman Ibrahim.

Faizul berkhidmat dengan pereka kelahiran Pulau Pinang itu sejak 15 tahun lalu.

Faizul yang kelihatan berada di atas pentas turut menenangkan Rizalman yang tidak dapat menahan sebak sewaktu membuat pengumuman itu.


Kredit gambar: Instagram Rizalman Ibrahim


Keputusan itu katanya, dibuat sejak tahun lalu sebagai dorongan kebimbangan sekiranya tidak bersedia untuk mengadap Yang Maha Esa.

Rizalman, 49, berkata pemergian rakan-rakan industri seni pada usia muda melahirkan keinsafan pada dirinya.

Konsert itu menyaksikan kehadiran kira-kira 1,000 orang dengan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencemar duli.

Memilih tarikh 20.2.2020, Konsert Kesuma Jiwa 2020, berkonsepkan lagu dan fesyen.

Rizalman memperagakan koleksi terakhirnya sebagai pereka fesyen hasil kerjasama dengan gedung talian, Zalora.

Manakala penampilan beliau bersama penyanyi Dayang Nurfaizah, sebagai sanjungan atas persahabatan yang dijalin sejak 20 tahun lalu.


Kredit gambar: Instagram Rizalman Ibrahim


Rizalman turut menjelaskan konsert disifatkan sebagai terjemahan eratnya silaturahim bersama semua pengikutnya.

Antara dinyanyikan Dayang ialah adalah Kesuma Jiwa, Bisikan Hati, Laksamana Raja Di Laut dan Tari Tualang Tiga.


コメント


  • twitter
  • linkedin

©2020 by BungaTelang. Proudly created with Wix.com

bottom of page